Akhirnya survey camp yang tersangat la pack sudah tamat…habis keluar semua idea2 dari minggu 1 sampai minggu 3…sudah boleh tarik nafas kelegaan di situ… walaupun tidak banyak aktiviti fizikal..tapi aktiviti mental tidak kurang hebatnya…malah tekanan pun lagi hebat berbanding survey camp yang pertama dulu..selain tekanan membaca twit2 budak2 yang sudah goyang kaki cuti sem…
Dari first day sampai last…rutin harian same je…Cuma pengisian tu je la berbeza sikit…inilah rutin harian semasa survey camp..
8.30 pagi – 9.00 pagi
Dah mula datang lab computer…in case tak sempat sarap kat rumah..pegi singgah meranti beli air dan biskut…
sedap jugak biskut ni |
inilah klien kitorang...atas kebaikan pengetuanya siap ada kuih ngan air ko..ko hade??? |
workspace aku...bile keje memang camni kot.. |
9.00 pagi – 1 tengahari
Mula buat ape yang patut..kalau first week kumpul data..rangka sistem..kena marah dengan lecturer (tugas jugak tu)…ulang-alik dari lab ke kolej tun ghafar baba..tak lupa juga ulang-alik dari lab ke pejabat harta bina yang akhirnya sia2 sahaja gara2 pihak sana main tolak2 dengan kitorang..sampaikan lupa nak pesan kat diorang… ada ubi ada batas,next time aku balas….dugaan ini menyebabkan kitorang terpaksa masuk ke kolej itu untuk membuat survey (but pengetahuan korang kolej nya kolej lelaki)...
1 tengahari – 2 petang
Cabut balik rumah kejap makan tengahari sambil tengok Bunga April (husband ada berlakon tu… bukan shahz jaszle tapi lagi sorang)…solat zuhur..
2 petang – 5.30 petang
Sambung balik buat ape yang patut..sambil buat ape yang patut sambil download ape yang patut..bekalan cuti sem la katakan..ada masa terpaksa curi2 keluar pegi amek nenek balik dari keje..balik rumah..rehat..solat asar…
8.30 malam – 10.30 malam
Mula memberanikan diri park kereta depan lab..takde orang takde hal la.. kalau takde benda yang urgent perlu dibuat..so tak perlu datang..kalau betul2 urgent baru datang..pernah satu hari pada mulanya plan nak datang buat kerja tapi plan berubah 360 darjah gara2 lab lambat dibuka dan final maharaja lawak mega dah nak stat..kebetulan ada sorang prof suke tengok..buatkan kami tergerak hati nak tengok jugak..pakat dengan kawan2 pergi restoran yang pasang astro warna…thanx dija kerana kebaikan mu..balik dalam pukul 1..untung tak ditahan gara2 hujan lebat…hehe
itu bukan masjid..tapi istana kehakiman... |
Ada pulak satu hari masa minggu terankhir hanya datang malam..rupa2nya satu kampus UTM black out disebabkan pencawang terbakor…mula ada letrik petang…
pack tak pack pun sempat jugak plan pergi putrajaya...melawat office MacGDI..(yg ada kaitan dgn GIS)..baki satu jam jalan2 pergi alamanda..hanya sempat beli aunti anne (pretzel sour cream & onion my feveret)...tapi honestly aku tak suka lawatan kelam kabut camni..pemandu bas tak mesra langsung...memang strict giler ah wa cakap lu...tapi lepas balik putrajaya tu bukannya lepak tido...semestinyer tidak...kena siapkan benda yang tergantung sebab esok dah last day...presentation day...
kebosanan menunggu gara2 lab lambat dibuka yang akhirnya membawa kepada cabut pegi restoran untuk tonton maharaja lawak mega final...(that's my car)... |
muka tak cukup tido... |
sepet sebelah???? |
solat zohor dekat masjid besi..seriously sangat cantik..hoefully dapat pegi waktu malam... |
kami kumpulan terakhir...kawan2 yang mendengar hanya lah lakonan semta-mata kerana kat kepala masing2 fikir rumah..(kecuali aku)... |
No comments:
Post a Comment