Saturday, January 1, 2011

my life in 10 years ago....

kira2 korang ingat tak ape terjadi kat korang 10 tahun dulu..
mesti ad yg ingat, ingat2 lupa takpun tak ingat langsung...
org kategori yg pertama dan kedua la...
tapi aku akan cuba mengingat ape yang terjadi kepada hidup aku selama sepuluh tahun lepas...
sama2 doakan agar orang dapat ingat..haha..

tahun 2000
- zaman milennium...waktu ni orang baru darjah tiga merangkap umur baru 9 tahun la...ada peperiksaan PTS iaitu Peperiksaan Tahap Satu...
- my lovely grandfather belah emak meninggal dunia sebab lemah jantung..memang tak boleh lupa...
- first time masuk sek agama...
- I've got my first computer

tahun 2001
- melangkah ke darjah 4 sekolah rendah  
- darjah 2 sekolah agama

tahun 2002
- darjah 5 sekolah rendah 
- darjah 3 sekolah agama

tahun 2003
- darjah 6 seklah rendah..darjah 6 tandanya UPSR la...dapat result 4A 1B...
-darjah 4 sekolah agama..
- itulah tahun terakhir aku tinggal di Kampung Melayu sebelum berpindah ke Skudai...
- aku minat westlife

tahun 2004
- aku melangkah ke tingkatan 1 di SMK Taman Desa Skudai...jumpa dgn kawan2 baru yg totally aku tak kenal...
- darjah 5 sek agama UTM...
- tinggal di Desa Bakti sehingga sekarang





tahun 2005
- tingkatan 2 sekolah menengah
- darjah 6 sekolah agama...
-stat berjinak-jinak dengan friendster dan myspace..masa ni facebook belum ada...





tahun 2006
-tingkatan 3 sekolah menengah..bererti jgk aku mengambil exam PMR tahun ni..Alhamdulilah aku mendapat 8A...
- aku tidak ambil darjah khas sebab nak fokus pada PMR...mula2 memang serba salah tapi bila dah buat keputusan memang takkan ubah...
- aku minat faizal tahir...hehe, itupun penting ke..kui2...

rambut panjang

rambut pendek


tahun 2007
- aku melangkah ke tingkatan 4..sekali lagi aku berpindah sekolah..kali ni aku tinggal kat asrama..semuanya kena berdikari...buat aku lebih cekal..lebih2 lagi adik yang manja tu..
- aku dah mula celik IT berkat subjek ICT dan cikgu yang mengajar...hehe


rumate masa form 4...

time ada lawatan pegi kl..sponsor tu

sarap dulu sebelum pegi genting

tahun 2008
- melangkah ke tingkatan 5...sekali lagi aku mengambil peperiksaan penting..kali ni ia menentukan hala tuju hidup aku iaitu SPM..aku mendapat 6A dari 10 mata pelajaran
- aku sudah mula pencen dari sekolah dan berjanji takkan datang lagi...

tahun 2009
- aku duduk rumah sambil tanam anggur selama 6 bulan
- bulan 5 aku mendaftar di matrikulasi...aku belajar selama setahun dgn bidang sains hayat...hanya orang yang betul2 kuat je boleh hidup kat matrik ni...byk cabaran terpaksa aku tempuh..kali ini aku lebih jauh dari keluarga..kalau dulu kat kluang jek tapi kali ini aku kat muar..hujung johor..kalau tak tahu, pegi tgk peta johor..
- peristiwa menggemparkan dunia, the only king of pop, meninggal dunia, aku tak taw bpe hari bpe malam media bercerita pasal dia...
- aku tamat sem 1 matrik dan peperiksaan mute (wei, itu bisu doh), peperiksaan muet...




tahun 2010
- aku tamat sem 2 matrik dgn result yang tak berapa nak cemerlang...duduk rumah 3 bulan sambil tanam anggur buat kali ke 2 sambil tunggu result ipta...
- bulan 7 aku melangkah ke alam baru iaitu alam universiti..di mana?..katne lagi universiti seberang longkang rumah aku la..UTM Skudai...dari form 1 jadi tempat bermain rupa2nya jadi tempat belajar..aku mengambil ijazah selama 4 tahun..so, 4 tahun la aku pegi dok ulang-alik... 

masa nak pegi rumah terbuka member...

ye saya jatuh..so?...

yang hujung belah kanan tu fasi aku..yang hujung belah kiri tu aku...



ada 2 3 event yang aku tak dapat ingat bila...kehilangan orang tersayng...

No comments: