Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Tuesday, April 9, 2013

Hantu Kapcai

seingat aku last citer melayu aku tengok citer Songlap.. (baru je pelakon lelaki menang award)...then ni lagi satu movie melayu aku tengok..kalau ikutkan boleh je download..tapi masa tu tension sangat sebab external hard disk..seboleh-boleh ajak ibu pegi tengok..adik pun dah tengok...ramai cakap best..kalau betul memang boleh hilangkan kesedihan ni..entri ni paling tak bermakna sebab draft pada masa yang agak panjang...tapi dah mulakan mesti habiskan...kan2...



- actually aku tak bape fokus pada dua orang watak utama ni..sebab aku fokus kat watak man greng a.k.a izzue islam yang sekadar jadi pembantu tapi perangai mengalahkan ketua geng...over giler..tapi buat muka tiap kali ketua dia (remy ishak) panggil dia jambu..memang jambu pun..dah la putih...

- cerita ni banyak effect cgi..sebab pengarah ghaz abu bakar ni memang suke hal2 macam ni..kalau pengarah ni aku suke sinematografi dia..super cantik...cth klip video liyana jasmay cinta bersatu...

- watak hairul azreen jadi adik zizan ni cute sangat dengan skuter bunga2 sambil nyanyi lagu stacy..tak leh blah tagline 'jahat budak jahat' tu...

- watak fizz fairuz dalam citer ni aku boleh katakan sebagai imam muda + raja lawak = imam lawak...

- cerita ni instead ada unsur kelakar tapi ada juga unsur sedih..aku paling taouching bile mak zizan citer kat adik dia yang zizan ni sanggup pinjam along untuk biaya dialisis mak dia...

inilah dia man greng..jambu tak?..

Friday, November 9, 2012

Bait

recently dua2 movie ni aku tengok kat wayang..fair la sebab movie melayu dengan omputih aku tengok..kalau tak movie omputih je aku tengok..lagipun kebanyakan filem melayu sekarang stok2 download kat youtube je..tak pun blog..pastu buang..kan senang..macam lampin pakai buang..kita boleh namakan FILEM PAKAI BUANG..hehe..statement jahat betul aku ni..

first filem nak cerita of kos citer BAIT..mula2 terpikir gak citer amende ni..sekali member cakap ni citer jerung..la ye ke.. ok la..layan kan aje..sekali tengok classification 18SG tu..ganas sangat ke jerungnya..ye kot..sini aku ada kasi beberapa komen pasal cerita ni..


1. kalau pasal jerung mesti la kat tepi laut kan..tapi yang lainnya citer ni dia tak berkisar pasal laut sebab ada tsunami..disebabkan tsunami la jerung2 (sebab ape jerung2..sebab ada 2 ekor jerung,serem tu).. tu datang menyerang..
2. cerita ni fokus kat supermarket..ok that's all thank you..
3. member aku cakap dalam banyak2 citer yang melibatkan creatures macam ni belum pernah dia tengok ramai survival at the end of the movie..entah eh...jarang tengok filem2 macam ni..
4. pelakon lelaki boleh tahan hensem..tapi ada sorang pelakon chinese kot hensem..tapi sayangnya tak survive pun..sob2..
5. kalau dah 18SG memang ngeri la tengok keadaan mangsa bile dah kena serang..aku banyak paling muka bila ada scene macam tu..haha..sambil paling muka sambil makan nacho's..tak patut tak patut..
6. jerungnya looks real..takde la nampak robot or CGI sume...
7. ada satu kapel tu yang gf nya lebih sedih bile tau anjingnya mati (ekceli tak mati pun)..dari bf dia mati..


main character...







chinese yg tengah tu la tak dapat survive sampai habis cerita..

The Avengers


ni lagi satu movie berhabuk yang dah lama tengok tapi tak update2.. (perlu ke)..ramai cakap citer ni best since ini combination semua superhero...tapi bukan batman superman spiderman..tapi ironman, captain america, thor, hulk, hawk eye & black widow...kalau satu je superhero je beraksi dah bikin gempak..lagi la 6 superhero gabung..super gempak jadinya...mula2 malas nak tengok..sekali ayah ajak..tengok je la..memang tak mengecewakan...

mana paling macho mana paling hancur..#jahatpunyastatement



whan avengers in action...captain america paling hensem..



komen aku

1. honestly, aku tak penah tengok single movie superhero ni sume...tapi bile tengok citer ni ada gak info yang aku tau...macam captain america yang paling awal wujud since zaman ais and manusia jumpa dia balik waktu dia beku..

2. watak hawk eye dengan black widow ni superhero jugak eh?..nape tak penah nampak ada movie?..tapi yang jadi hawk eye ni boleh tahan hensem...

3. part paling lawak bagi aku masa the hulk lambung watak jahat sampai lembik...tak pasal2 digelar dewa lembik...

4. tapi biasala..movie omputih pun ada klise nya...bile kena serang dengan orang luar bumi..confirm bandar2 femes jadi mangsa..tapi aku tak ingat bandar ape ni...


5. semua pelakon2 pakai pelakon asal..means captain america tu memang dia bawak watak tu bile single movie dia..


adakah dia hensem?..semestinya



macho tak?..tapi kesian kena jentik dengan the hulk sebab menyibuk..jahat betul..


after captain america & thor bagi aku dia yang macho..


sape tak kenal sila terjun laut sekarang...


lat but not least...si hijau..


satu2nya bunga dalam superhero..kalau superhero yang lain takde kena mengena..tapi dia ada kena mengena dengan hawkeye



*semua picture credit to google

Thursday, November 8, 2012

Dark Shadow

asek pikir je perlu ke tidak perlu ke tidak update pasal movie berzaman ni...ah lantak la..blog aku..suka hati la..nak baca dialu-alukan..tak baca pun tak ape...tak kisah pun..movie ni dua kali tengok kat wayang..minat kat actor punya pasal...sanggup ko..hehe...kali ni dia cuba watak jadi vampire..vampire muka innocent plus hensem of course...another tim burton punya production..aku rasa johnny depp ni pelakon feveret tim burton la..tiap kali filem dia mesti dia amek..even latar suara pun amek johnny depp...

muka2 semua familiar...



seram ke takut?..jawapannya comel...




sedikit komen

1. jarang nampak johnny depp muka clean camni kan..ni antara movie muka dia clean...sebelum jadi vampire memang sooooooooo handsome..

2. actually aku respect kat perempuan sihir tu..setia giler kot...even sanggup menyihirkan orang untuk dapat ape yang dia nak...tapi hati dia tetap pada vampire hansem sampai dia mati...untung giler tapi dia je tak hargai...

3. filem ni klasifikasi 18SG tapi takde la ganas dan seram mana pun..cuma masa vampire hensem ni attack orang2 sebab nak hisap darah...ganas ke?..tak la..

4. ending citer ni memang banyak kejutan sebab rupanya masing2 ada rahsia...



ni la perempuan sihir tu

Saturday, April 14, 2012

Battleship...

filem ni ala2 transformer..sebab nama syarikat pengeluar ni pun yang keluarkan transformer gak..aritu tetiba je ayah tanya dyan nak tengok tak cerita ni..orang pantang diajak ikut je..tengok trailer pun cam best je..movie lagi la best...tayangan 12/4...tengok pun 12/4..ramai gak yang tengok movie ni..takde la  macam satu cerita tu..first tayangan je tengok kat panggung rupa2nya dyan ngan member je yang tengok..kui2..


komen
*CGI tak yah cakap la..tengok transformer tak?..macam tu la effectnya...
*Rihanna even first time dia berlakon..tapi memang menjadi la lakonannya..sempoi je..takde la gedik2..
*nasib baik cerita ni tak berkisarkan tentera laut amerika je yang lawan..diorang bergabung dengan navy jepun..ada satu scene tu sebut navy Malaysia pastu dah takde dengar dah..puihhh..
*cuma agak typical bila watak utama ni pada mulanya seorang yang loser..yang takde komitmen dalam hidup..even masuk navy pun ada masalah disiplin last2 jadi wira paling berani..klise ya amat..
*ada jugak watak2 yang agak familiar dalam movie ni..salah satunya watak seorang pegawai yang dulu pernah berlakon jadi kawan mr.bean..huahaha..
*cerita ni pun ada unsur2 hindustan gak bila kapal buruk yang dah jadi muzium digunakan as the last alternative untuk lawan musuh bila kapal yang baru sume dah musnah kena tembak..
*sense of humour agak menjadi dalam cerita ni..

watak utama cerita ni..kredit to yahoo..


rihanna stylo beb..kredit to yahoo..


ini la aliennya..muka diorang agak ngeri..


Friday, April 6, 2012

Mirror Mirror..

dah lama betul tak update pasal movie yang aku tonton kat wayang kan..zaman makin canggih ma..download2 je..lagi2 filem terbitan si jutawan cina tu..memang kalau bab nak kuarkan duit sendiri semata-mata nak tengok filem terbitan dia..aku kena pikir empatbelaspuluhratuskali..lain la kalau orang nak belanja tu..terima je la..dah rezeki orang nak bagi terima je la...lately ni aku terpikir nak kuarkan duit tengok wayang..this time..filem jadi pilihan aku cerita mirror mirror..aku dengan sahabat baik aku si athirah..


komen aku pasal movie ni..
*mirror mirror ni inspirasi dari cerita snow white..so memang tak boleh lari dari benda tu..cuma ada sedikit yang diubah..kalau tak diubah bosan pulak sebab masing2 dah tau macam mana cerita snow white tu...
*the seven dwarf tu yang buat cerita ni menarik...macam2 perangai ada...yang miang..yang lurus bendul..yang garang...sume ada...tapi watak2 tu aku rasa bukan nya memang in real life diorang pendek..tapi orang yang tinggi dipendekkan..it's all about technology..semua boleh buat ma..
*untungnya watak snow white dalam cerita ni tak macam cerita snow white yang kite taw..baik sampai lurus bendul..senang2 je orang nak pijak kepala dia..nasib baik bukan..snow white ni jenis tegas dan tak biar orang pijak dia sesuka hati mak bapak diorang..
*kalau cerita fantasy macam ni memang tak boleh lari dari watak putera raja..boleh tahan hensem jugak princenyer...giler lawak masa dia kena sihir dengan queen jahat tu..

snow white yang cantik..


the prince

7 orang kerdil yang giler lawak...

Wednesday, October 5, 2011

glee drama

lately ni mmg aku addict gler tgk drama ni..even dah tgk pun aku still bukak sebab aku dah download season 1 ngan season 2...aku pikir aku sorang je yang taw pasal drama ni..rupa2nya memang aku sorang je taw..bila aku cakap kat kawan2 aku..diorang boleh tanya..."glee tu drama korea ke"....lagi best "ni cter hindustan eh"..waklu cter hindustan...drama amerika la..drama ni lebih kurang macam high school musical gak la..tapi yg bezanya kalau high school musical nyanyi lagu baru..kalau glee ni nyanyi balik lagu artis tapi versi berlainan...lagi satu drama ni tak tayang kat disney channel tapi kat fox channel...meh sini aq tunjuk watak2 dlm cter tu...

yg lelaki tu la yg handle glee club..yg pempuan ni plak musuh ketat dye


pengerusi glee club...finn..sebelumnya bercinta dgn ketua  utk pasukan cheerleader, quinn

pahtu bercinta dgn dia ni plak...

ni la rachel..yg lelaki kat sebelah dia ni aku rasa skandal dye...dlm cter ni la...

inilah kurt..dalam cerita ni dye bawa watak seorg homoseksual...in real life aku tak taw...

artie..satu2nya watak OKU...aku paling suka watak artie ni..jgn tanya kenapa..sebab aku sendiri pun tak taw...



tina..watak seorg perempuan dari asia..sebelumnya artie bercinta dengan dia la...

masa season 2 bercinta dengan brittany...bagi aku diorang ni sweet couple even artie ni ber-wheelchair

gambar diorang berdua lagi...cantik kan brittany ni...

puck..adik aku paling suka dgn dia ni...paling playboy la dlm cter tu...

quinn...pernah bercinta dgn finn & sam tapi ada skandal ngan puck ....dia ni pun cantik..nama betulnya DIANNA AGRON..(motif ko besarkan nama dia apehal..perasan nama sama cantik pun sama la..ish2)


ada lagi watak2 lain macam sam, lauren, mercedes, blaine ngan santana...



mercedes..dia ni kalau masuk program vokal bukan sekadar rupa aku rasa boleh menang..suara dia sedap sgt...
dalam byk2 perempuan..si playboy puck boleh jatuh cinta dgn dia... 
santana..dia ni pendengki sikit...tapi ada baiknya gak...
blaine..bkn dari glee club tapi 'kawan baik' kepada kurt...

sam...comelnya dia ni...


itulah dia serba sedikit pasal drama ni...drama ni dah masuk season 3...bila ntah kat malaysia nak tayang...aritu tayang kat season 1 je...season 2 aku tgk kat channel singapore...thanx to negeri johor even takde astro tapi kitorang still dpt tgk cter best2 as tv dpt signal dari singapore dan indonesia


courtesy pic dari google and yahoo...

Sunday, July 24, 2011

harry potter & deathly hallows (part 2)

yes, akhirnya dapat jugak aku tengok movie harry potter yang terakhir lagi last ni...bila movie ni dah kuar kat panggung je, aku dah gundah-gulana nak tengok (terlebih excited omputih cakap)..bila dapat cuti je, ape lagi, aku kuar la pi tengok ngan adik aku..semestinya ibu & ayah tak tengok sebab confirm diorang tak paham...cerita ni memang kena tengok dari mula, kalau tak memang takkan paham punya...ok, ni sedikit komen aku..


- effect ngan cgi nya memang tak yah cakap la..memang gler punya tip top ( org gler pun tak tip top macam ni taw)..effect kuar dari wand masing baik dari geng voldemort mahupun dari geng harry...ni macam kes autobot ngan decepticon la..


-kali ni la baru betul2 sure si ron suka hermione ngan hermione suka ron...sebab ada la scene cintan cintun diorang (jelesnya bila la aku dapat pakwe kan)...haha


-banyak2 professor kat hogwarts tu, prof snape la paling baik ngan paling berani sekali..takde sape pun prof sebaik dia walaupun kita nampak dia agak menyebalkan...aku touching sikit la bila dia mati lagi2 bila harry flashback cerita dia..


- aku paling suka last sekali, time masing hantar anak diorang pegi hogwarts..harry & ginny, ron & hermione, malfoy & ngan sape ntah (tapi cantik gak pempuan tu)...



Wednesday, July 6, 2011

tranformer: dark of the moon...


yeah, buat pertama kalinya aku dapat tengok movie dalam bentuk 3D....ini disebabkan filem penuh action lagi penuh effect, transformer dah last..so, aku tak nak lepaskan peluang...memang tak rugi la bayar tiket mahal tengok 3D..macam benda tu depan mata kita je...effect & cgi nya memang tak yah cakap la..memang tip top habis....real gler robot2...ni ada beberapa komen yang aku nak bagi...


- walaupun pengarahnya si michael bay tu tukar heroin kepada yg lagi seksi, tapi aku lagi prefer si megan fox tu jugak...bagi aku si megan fox lagi hot kot...


- bumblebee sangat comel dalam cter ni..lagi2 yg dia duduk dalam rumah tu...ada gak scene touching. first, masa dia kena tinggalkan sam..kedua, teetttt..tak nak cakap la...


- dalam cter ni decepticon memang gler byk la...lagi byk dari first & second punya cter..autobots pun bertambah gak..tapi aku heran la..mana autobot twin yang selalu bertekak tu..takde pun..


- cerita ni tak complete tanpa Simmons. ex-officer sector 7 tu...nasib baik dia ada...


- ada jugak autobot yang mati..sape?..korang tengok sendiri la...


ok, dari 5 popcorn aku bagi 5 popcorn gak..sebab memang best gler..baik tgk..rugi tak tgk..dah la last..pasni mana ada lagi robot2 transformer ni..kalau ada pun..mesti takde si optimus & bumblebee..

tu nampak tak bertulis 3D...


  

Monday, July 4, 2011

filem wajib tengok tahun 2011 (bagi aku la)

1. NUR KASIH THE MOVIE...(dah tengok)

2. PIRATES OF THE CARIBBEAN: ON STRANGER TIDES (ni pun dah tengok, siap maraton lagi dgn nur kasih)


3. TRANFORMERS 3: DARK OF THE MOON..(dah tengok, makin comel pulak si bumblebee)

4. HARRY POTTER 7 : PART 2...(nipun jap lagi nak kuar)..

kalau tak follow dari mula memang payah nak paham ...

yang ni pulak out of plan tapi ramai kata best aku tengok gak...

1. HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA...tidak mengecewakan...

2. FAST & FURIOUS 5 (FAST 5)...gler best...tak rugi beli tiket...


3. CUN.....kureng la...boring sikit...

4. SINI ADA HANTU...lawak gak cter tu walaupun byk pelakon tak femes...

5 HAQ...ni 1st time aku beli satu tiket dapat setengah panggung boleh duduk mna2 ko suka..tambah lagi member beli lagi satu tiket dapat lagi setengh panggung...maksudnya kitorang 2 org je dalam tu..kecewa sikit la pasal filem ni...


yang ni pulak teringin nak tengok..tapi kalau tak dapat tengok pun takpe...

1. RANGO...ni cter kartun...

2. MONTE CARLO... (esk macam nak tgk..kalo sempat)
3. TOLONG, AWEK AKU PONTIANAK...