Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, July 4, 2013

Letak Nuffnang Ads

ekceli aku pun baru tau nuffnang punya interface (yang dia punya muka tu) dah berubah..so bile kawan aku tanya aku jawab based on interface nuffnang yang lama..sekali bile blog sendiri nuffnang ad hilang dan paksa aku untuk letak balik..aq pun confuse..godeh punya godeh akhirnya berjaya jugak aku letak nuffnang ad tu balik...

so here's the step...

1. kalau dah ada account..just log in je..make sure password dengan username korang ingat..kalau rasa belum register dulu...


 ini lah interface nuffnang yang baru...

sape belum register, tekan JOIN NUFFNANG,

sape dah register, tekan LOG IN

ini registration form 

2. dah register, korang boleh la log in..


ini lah profile korang lepas korang log in...nampak tak arrow bawah lepas nama aku tu..tekan arrow tu...


then tekan MANAGE MY BLOGS...

3. step seterusnya adalah pasal letak nuffnang ads...

tengok dekat bahagian tepi belah kanan ada perkataan ADD AD UNIT..tekan mende alah tu..

lantak korang la nak pilih mana satu yang berkenan..bile dah tekan..code akan keluar secara automatik...

dah copy paste code tu tekan NEXT...


PLACEMENT  tu adalah step by step tentang cara cemane nak letak ads tu...korang tengok la sendiri k...



*jelas ke tak?..selamat mencuba (ayat klise)...
ada lagi satu ads aku letak iaitu heartbeat..kalau rajin aku ajar ok..

Wednesday, July 3, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia...


terasa choii pada diri sendiri sebab drama ni dah nak habis lagi 2 hari baru aq duk sibuk cakap..
well since ramai dok ngomong so aku pun terasa nak ngomong jugak ya...
drama ni adaptasi novel tajuk yang sama...penulisnya zura asyfar...
aq excited giler bile tau ada drama ni..but seriously memang tak tau ini adaptasi novel..bile baca kat satu artikel cakap pasal ni dari novel..aku terus carik kat mph..malangnya novel tu takde..sebab drama nya belum tayang lagi..2 3 kali keluar masuk mph still takde...memandangkan aku banyak benda nak fikir selain keluar masuk mph..ape kata aku booking je dulu novel tu..tunggu orang mph kol je...by the time bile buku tu dah sampai..episod pertama drama tu pun dah tayang...takpe la..baru episod pertama kan..episod akan datang nak tau jugak...

pilih la mana 1 version korang nak.. - pic kredit to twitter dramatv3

sinopsis drama ni.. (aku create sendiri tau ayat ni)..

firash dan syaf datang kat satu birthday event kawan diorang (rania dan raimy namanya)..tanpa diorang tau rania dan raimy ni ada buat plan jahat nak perangkap syaf dan firash..raimy nak perangkap syaf dan rania nak perangkap firash...raimy dan rania actually ada hati kat diorang berdua ni..tu yang bila diorang tak dapat cara baik..diorang nak buat cara jahat...syaf pulak masa ni tunang farish abang pada firash...plan yang dirancang semuanya bertukar 360 bile firash dan syaf ditangkap berdua dalam bilik...masing2 duk terbaring lak tu kat katil..kebetulan masa tu farish yang nampak diorang macam tu...teruk jugak la firash kena dengan abang dia...bila ditanya firash tak berapa nak ingat ape jadi..tapi sebenarnye memang firash ada buat sumthing pun kat syaf tu...

pic kredit to penulis novel sendiri.. kak zura asyfar...

so nak tak nak diorang kena kawen..untuk maruah keluarga..farish pulak mati excident sejurus selepas firash dan syaf menikah (itu dalam novel)..dalam drama farish excident sebelum diorang nikah...so lepas tu bermula la love hate relationship firash dan syaf...yang sorang suka nyakat yang sorang suka layan...firash suka tak suka syaf pun pantang tengok kalau ada lelaki dekat dengan syaf..mula la buat muka cemburu dia tu...

yang pakai baju biru tu la abang firash... - pic kredit to google


the best thing masa masing2 kat terengganu..syaf kena transfer kerja & firash kena praktikal kat sana... bile dah duduk serumah masing2 dah mula rapat...part paling best of course la part honeymoon...firash dah confess yang dia dah mula cintakan isteri dia...

screen capture drama tu - pic kredit to google



however, konflik pun terjadi..syaf terima gambar firash dengan rania bermesra dekat hotel..cerita sebenarnya firash kena culik dengan orang suruhan rania..tapi again plan rania nak buat dia dan firash ditangkap khalwat tak jadi..last2 rania kena tangkap khalwat dengan orang suruhan dia sendiri (terasa bengong di situ)..

syaf mula rasa kecewa dan tinggalkan firash gitu je..firash yang frust nak tak nak terpaksa go on dengan life dia macam biasa..malangnya ada satu insiden dia memarahi seorang pekerja kat site dan pekerja tu pukul firash...untuk kebaikan firash sendiri dia tukar tempat praktikal dia dekat company ayah dia sendiri...

masa tengah shooting..sempat diorang berhindustan..nak tengok pegi kat keek izzue... - pic kredit to google


tapi yang buat syaf betul2 tinggalkan firash masa annual dinner company..firash ternampak raimy peluk syaf..padahal bukan peluk pun..syaf nak jatuh masa tu...gara-gara cemburu firash diorang gaduh besar..

dalam novel
-firash tuntut hak dia sebagai suami tapi secara paksa...

dalam drama
-diorang gaduh dan nama zara tiba-tiba dikaitkan..hmmmm

ni uqasha senrose yg bawa watak rania..kakak nelydia...bukan nelydia..memang confuse sebab muka & suara dua2 copy paste... - pic kredit to google


ni baru nelydia..sama kan.. - pic kredit to google


syaf pulak kerja di sebuah butik lepas berhenti kerja kat company lama dia...sepanjang tempoh dia kerja tu dah mula2 tunjuk tanda2 dia berbadan dua..asyik lapar..mengidam macam2..baju yang dia selalu pakai pulak makin tak muat...then dia bertemu dengan raimy..raimy tolong carikan dia kerja..syaf pun dah mula kerja tanpa dia tahu company tempat dia kerja tu adalah company ayah firash..dengan pertolongan ayah firash..syaf dan firash dapat jumpa balik...tapi syaf masih tak boleh terima firash semula as dia belum settlekan lagi hal firash dengan rania dulu...

dengan pengakuan firash..syaf dapat terima semula suami dia..firash secara senyap2 rancang satu majlis perkahwinan antara dia dengan syaf...

no doubt tiz memang cantik pakai tudung...

cuma ni je la ada twist sikit..

kalau dalam novel

- rania tak sempat nak buat kacau kat majlis diorang..dia dah kena tangkap

dalam drama

-rania dan mak dia datang majlis kawen dengan tujuan nak malukan firash..tapi raimy jadi hero..tak pasal2 malu tu datang kat diorang sebab polis datang tangkap rania atas tak datang 3 kali dalam perbicaraan khalwat..haha...



isteri izzue yang sebenarnya adalah awin nurin...happy first month anniversary for both of you...



*dari episod 1 sampai 12 aku tengok drama ni...memang ada yang diubah ..ada yang dicompile..ada yang takde langsung..memang ramai yang tak setuju drama ni dalam slot zehra yang 13 episod je disebabkan novel dia yang agak tebal..agak2 la nak buat drama adaptasi novel pun...dari sedap dah makin tak sedap kalau banyak diubah...haiyaaa....

*sape yang nak tengok drama ni dari epi yang lepas2 boleh la.. tengok kat

TONTON

- bukan takat boleh tengok ulang..tapi boleh jugak tengok cut scene..siap ada cut scene tu..

*tapi aku selalu download je..so bile dah download tenet lembap nak mati ke takde internet ke still boleh tengok..aku selalu download kat website ni..dah lama dah jadi pelanggan tetap website ni buat download drama..sebab aku tak suka download sangat kat youtube..dok tau nape...

PEREKA CERITA

*tang penulis novel ni pulak kak zura asyfar..dia sangat sporting you know...rajin reply tweet fans...

see?..kan2....


ni soundtrack & background music drama tu..thanx to forum cari...
ada tambahan akan diupdate...

1. Kita - Forteen (opening & closing theme song)
2. Tak Pernahkah Kau Sadari - Pocket Band (ep.8/9)
3. Cinta Untukmu - Pocket Band (ep.8/10)
4. Terima Kasih Cinta - Afgan (ep.11)
5. Lumpuhkan Ingatanku - Geisha (ep.11)
6. Semua Tentangmu - Vierra (ep.10)
7. Mungkin - Ardina Rasti (ep.11)
8. Hingga Akhir Waktu - Nine Ball (ep.11)
9. Selamat Datang Cinta - Gita Gutawa (ep.6/10)
10. Apalah (Arti Menunggu) - Raisa (ep.11)
11. Puisi - Jikustik (ep.11)
12. Aku dan Dirimu - Ari Lasso & Bunga Cinta Lestari (ep.10)
13. Seputih Hati - Agnes Monica (ep.6)
14. Jangan Menangis Untukku - Luvia (ep.12)
15. Teman Biasa - Five Minutes (ep.9)
16. Kini - Marcell (ep.13)
17. Jangan Berhenti Mencintaiku - Titi DJ (ep.13)
18. Lebih Indah - Adera (ep.13)
19. Tentang Kita - Acha Septriasa (ep.13)
20. Ini Cinta - Noah (ep.13)

Instrumental background music :
1. I Believe - My Sassy Girl OST
2. Kehilangan - Heart OST (honey- the morning after scene)
3. And Then I Kissed Him - Pearl Harbour OST (ep.3)
4. Wedding Plans - Twilight Saga Eclipse OST (e.2/ep3)
5.  My Best Friend's Wedding (ep.4 - scene firash drive n warn syaf about mie)
6. OST Twilight Breaking Dawn ... A Thousand Years Love (instrumental)


ganti kepada drama ni drama kampung girl...best jugak..kelakar bak ang tengok dengan ibu hari tu...


Saturday, April 13, 2013

Taman Negara Pahang & tip for trekking..

mengucap panjang rasa bile tengok blog tak terupdate sekian lama..tapi nak buat macam mana..esaimen test presentation all this thing menghantui diri ini selain izzue islam dan nazim othman (gatal)...ok back to the title..first time jejak kaki ke tempat yang dikatakan antara yang tertua di dunia..di dunia uols..bukan Malaysia...selalu jugak tengok promo tourism kat tv tu ha pasal taman negara..tapi bile nak jejak ke sana hanya Allah yang tahu..and finally rezeki aku sampai ke taman negara ni..Alhamdulillah..

ini semua plan our lecturer just want to introduce us pasal gis application ni..so kerjasama pengarah dan ajk yang terlibat (termasuklah aku yang tetiba jadi ajk peralatan..sabar je jah oi)...Alhamdulillah berjalan lancar walaupun ada beberapa cabaran dan dugaan semasa kitorang kat sana..

paling penting dan tak dilupa...


sume backpack..malas nak pegang...
dugaan pertama datang bile tempat duduk basah gara2 bocor..tak pasal2 separuh badan sejuk...bad UTM provide bus bocor...

then, bile sampai of course kena angkut barang2 dapur dulu naik bot baru orang yang angkut naik bot...barang dapur memang super banyak sebab tampung 40 orang dan 3 hari.. *pengsan


 sebelum naik bot...





naik bot pegi campsite..

ni rantai manusia orang panggil..


first day activity gi trekking naik bukit dan redah hutan untuk mandi sungai..here's the tip guys..

- pakai topi cos redah hutan kite tak tahu ape yang jatuh dari atas nanti..so topi can protect us..
-bawak air banyak.. masa trekking aritu aku bawak satu botol kecik air mineral dan satu botol kecik 100 plus..you know what..tak cukup...
-bawak makanan..sangat penting selain air..in case korang pancit tahap dah tak boleh jalan..maybe some food can bring energy...biskut or roti dah memadai...
-tuala kecik..buat lap peluh la..gantung je all time kat leher...

 that number says 344m dari aras laut...

 ni baru naik bukit terisek..belum naik gunung tahan...memang tak la..



naik bukit turun bukit dan redah hutan jus nak berendam dalam sungai ni..nasib baik ko sejuk...
second day activity - naik bot ke canopy walk then go to perkampungan orang asli...then terpaksa redah lagi hutan dan mandi sungai...


ada certain tempat agak gayat sampai tak berani nak jenguk bawah..dah la tali bergoyang..

orang asli is the most pro people kalau bab hutan...seriously....

their house..



something tragic happen bile kitorang balik ke campsite..khemah kena serang dengan babi hutan..mostly banyak khemah bocor..ada tu sampai dah tak boleh duduk langsung...rupanya babi2 ni geledah barang2 yang ada dalam khemah tu...mula bingung jugak..tambah bingung bile bilik mandi pempuan kena kunci..damn taman negara..apesal kunci..dah tak pasal2 mandi kat tempat lain...untungnya our lecturer suruh the ladies stay kat homestay for one night..and guys still stay and prepare breaksfast for us..ok...

*sedikit nasihat pada sesiapa yang nak duduk khemah kat taman negara..bile nak trekking tu pliss bungkus je khemah korang tu..beg pun sama..


sebelum diserang...


bile YB (yang babi) melawat kawasan...

haiwan ni pemalu sebenarnye...

when the cute one come...

Saturday, September 8, 2012

face mask, eye mask and nose mask..

sile jangan gelak dengan perkataan nose mask.. (ala gelak je la..tak kisah pun)... selain kite cuci muka dengan cleanser, apply toner dan juga pakai krim muka..kite juga digalakkan pakai face mask kalau nak hasil terbaik..(nak ikut tone boboiboy ke atuk dia ke lantak korang la)..masih ku ingat bile   ada survey camp 3 minggu dan seminggunya kami menghabiskan masa di luar selama 12 jam atau lebih...ape jadi pada muka aku dan budak2 ni??....jadi la muka berbelang zebra..hitam manis lagi kan mengelupas..gara2 masing2 malas nak pakai sunblock...ataupun sunblock yang cuma bertahan beberapa jam sahaja...

jadi bila cuti sem dah berazam nak lembapkan balik muka aku gara2 terlebih kering sampai mengelupas and of course nak putihkan balik muka supaya warna muka yang expose sama dengan warna muka yang terlindung dengan tudung..

ape2 hal kena lembapkan muka dulu..tu yang utama, that's why aku pakai garnier hijau ni..cleanser, toner, & moisture pun aku pakai..selalu pakai mask ni seminggu sekali je la kalau nak jimat kos..jangan pakai hari2 pulak.. - credit to google image

cara pakai
1. keringkan muka dulu
2. pakai mask..
3. biarkan 15-20 minit
4.bilas dengan suam2 sejuk

hasilnya memang lembut giler wa cakap lu











pas kulit dah cukup lembut..masukkan pakai pulak mask yang warna kuning ni untuk putihkan kulit... - credit to google image

cara pakai sama je dengan yang hijau tu tapi yang lainnya bile mask ni dah kering korang boleh tarik gel tu sebab dia mengeras..kirenaya macam mask muka yang kayak hantu bile pakai tapi ni gel..







ok dah cukup untuk muka..cakap pasal eye mask pulak..memang niat di hati dah lama teringin nak pakai eye mask..macam best je pakai..so semalam bile jalan2 ngan member masuk watson terus grab eye mask..murah pun murah..selagi tak ada income sendiri takkan nak beli mahal pulak kan..

ada 2 3 jenis gak..tapi masalah utama mata aku mesti la lebam keliling mata..berkesan ke tidak tak tau la...belum cuba lagi benda ni sebenarnya..beli je... -credit to google image













last but not least.. nose mask atau bahasa melayunya topeng hidung...tujuan utama pakai nose mask sebab nak remove whitehead (bukan kepala putih tapi bintik putih yg ada kat sekitar hidung), blackhead blackmaria sume la...


pernah cuba dulu warna putih...ni nak cuba warna hitam pulak... - credit to google image

cara pakai
1. lembapkan sikit hidung
2. tampal strips
3.biarkan 15-20 minit
4.pastu cabut strips tu

Wednesday, November 16, 2011

bila rumate dah tak serasi....

aku tinggal kat asrama since aku darjah tingkatan 4...tapi masa tu satu bilik 8 orang..so, kalau masam muka dengan sorang rumate..ada lagi 6 orang...lagi ramai lagi takde masalah aku rasa...bila aku masuk matrik...satu bilik dah jadi 4 orang pulak...so, sama je..takde masalah sangat..tapi..bila 2 orang je satu bilik...itu payah..kalau ko masam muka dengan rumate...takde sape ko nak rujuk kat bilik tu..jiran2 jugak la kite kena cari...masalah antara rumate ni aku dah nampak dan aku dengar since aku masuk UTM lagi...rasa belum lagi la..Alhamdulilah setakat ni walaupun tahun ni rumate aku cabut lari..haha...takde la..dye saje nak merasa sume kolej2 kat UTM ni..ok la..balik pada masalah rumate...macam2 masalah aku dengar...ok la..lecture pun tak guna ape kata aku list out masalah2 rumate berdasarkan pemerhatian aku...


1. Rumate terlalu berkira..
- adoyai..pening den camni...terlalu berkira maksud nya...dia akan selalu fikir bila rumate dia mintak tolong tak kira la dari segi duit ke..pertolongan ke..dia akan mengira...kalau ada buku 3 lima kat sisi dia..memang penuh la wa cakap lu...lagi satu..rumate jenis macam ni terlalu mengungkit...lagi parah kalau korang bergaduh...sampai ke lubang cacing dia ungkit...dia akan cuba pertahankan yang dia tu paling innocent di mata orang lain....


2. Rumate selfish...
- yang ni aku pun pening pala bila dengar...makan hati je la sape jadi kawan dia...contohnya la...ko buat bising sikit dia akan tegur ko..tapi bila dia buat bising ko tegur dia tak terima...lagi parah..bila dia susah dia cari ko..tapi bila dia senang jangan harap la..dia buang ko gitu je...tu la aku cakap..rumate jenis macam ni memang makan hati je la...


3. Rumate tak mesra...
- ni lagi teruk...senang cerita..bilik tu tempat dia tidur,mandi dengan tukar baju je...hal lain2 sume kat bilik member..yang ni bila dah masuk tahap tak serasi langsung la...nak berbual ke nak tukar2 cerita ke langsung tak timbul..malah lagi teruk bila masing2 hentam sesama sendiri..nasib baik aku tak tengok lagi sesi gaduh besar...tu lagi nasi dah jadi nasi goreng paprik..nyum2...(kelaparan melanda)...


4. Rumate pengotor...
- argh..bala ni bala..lepas ni saya ada seminar tau(dialog hantu kak limah)...ni aku sendiri tak dapat imagine sebab aku tak penah kena..apa cara terbaik nak tegur orang pengotor ni...sebab nak kata pemalas..pemalas tu boleh kata malas belajar..malas makan..malas buat assignment..dan segala macam malas yang ada..ni malas gak..malas nak jaga kebersihan..aq tak taw la nak tegur orang macam ni..sebab kalau tak ditegur kita yang tanggung azab..azab busuk..azab berbau dan segala macam azab yang ada...


5. Rumate tak reti nak berdikari..
- senang cter rumate jenis ni yang over dependence..sume mengharapkan kte..kalau kita tak dapat nak penuhi permintaan dia...dia akan mintak tolong orang lain...kadang2 rumate jenis macam ni buat kita rimas kat dia...sebab semuanya tak reti..ape yang dia reti aku sendiri pun tak tahu...



Friday, October 7, 2011

sebab ape aku suka bawak telekung sendiri...

mula2 sekali aku nak bagitaw masa aku menulis blog ni adalah masa kat blok aku TAKDE AIIIIIIIIIIIIIIIRRRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!!!!!!!!!!!! mangkuk ayun punya tingkat betul...ni aku tgh berkira-kira nak ke tak nak balik rumah ni..mandi kat sana...takpe2..kesabaran itu amat dituntut dalam Islam...betul tak...btw, ni bukan topik yang aku nak bagitaw sebenarnya..aku nak bagitaw yang aku lagi suka bawak telekung aku sendiri in case aku terpaksa bersolat selain dari bilik aku...sebab musabab nya ialah...

1. tak suka berebut telekung...
-cthnya la kelas habis lambat..waktu solat nak dekat...nak kejar berjemaah tu mestila kena pegi amek telekung cepat2...ha, part tu aku tak suka...kalau dah bwk telekung snediri..tak yah pikir nak rush sebab nak amek telekung sebelum habis...

2. tak selesa sebab bukan saiz kite...
- kalau dah jenis grab je mestilah ada yang besar la..yang kecik la..yg singkat lagi la...kalau labuh tu tak kisah sgt...kalau jenis pinggang besar..maunya tak melurut ble semayang...

3. tahap kebersihan..
-bila dah ramai orang pakai...jadi bersih tak bersih telekung tu memang la..lagi2 tang baunya tu...aku memang tak selesa..so, baik pakai telekung sendiri...bau pun bau kita bukan bau orang...nak kata telekung tu berat, mana ada...tak sampai sekilo pun..ok fine tak sampai setengah kilo berat telekung tu...nape susah sgt nak bawak...

courtesy of anncollection



Thursday, September 22, 2011

how to forget your ex...

sesungguhnya point2 yang saya akan bagi ni bukanlah 100% dari idea saya sendiri...ia dari blog ini..tapi saya takkan copy paste semata-mata..jika ada ape2 yang saya ingin tambah saya akan tambah...


1. terima hakikat
- belajar utk terima bahawa si dia bukan bf/gf anda lagi...perpisahan tak bermakna selepas ini anda tidak kan bertemu dengan orang lain lagi...mungkin ada yang lebih baik dari your ex


2. pi buang no dia dalam telefon bimbit, remove dia dari facebook dan unfollow dia dari twitter...
- ini adalah perkara pertama yang korang patut buat...kalau boleh kat fb tu jangan takat buang je..BLOCK terus lagi bagus...so, bila korang rasa nak tertaip nama dia takkan keluar sebab korang dah block nama dia...no tel pun sama...mana taw nak terpicit kat contact tu nama dia..sekali takde pulak...buang mesej2 yang dia hantar ka korang..kosongkan inbox korang tu...


3. melarikan diri
- cuba untuk tidak terserempak dengan dia....senang cter larikan diri la...supaya tak la kite teringat tentang dia...


4. luahkan perasaan
- kalau dah tak sanggup nak pendam perasaan tu sorang2...luahkan pada seseorg..pada kawan baik ke, pada emak ke..pada kucing ke..walaupun kucing tu tak blh bercakap tapi dia paham ape yang kita cuba sampaikan..tapi jangan marah dia pulak kalau kau cakap pastu dia tidur..kah2...kalau still tak boleh jugak..refer pada kaunselor..ape guna kaunselor selain membantu kite kan..betul tak...


5. dengar cerita dari orang lain pulak...
- jangan sekali-kali pikir anda adalah lelaki/perempuan paling malang...cuba dengar cerita dari member2 yang pernah ada kes putus cinta...entah2 lagi teruk ke cerita diorang..muhasabah diri sikit...


6. buang segala memori dia..
- sepanjang kita berhubungan mestila ada hadiah ke kad ke pemberian dia kan...so, buang jer hadiah2..kalau sayang nak buang, bagi pada org yg memerlukan..kui2... 





Tuesday, September 20, 2011

tips2 nak tukar RAM...

RAM mainkan peranan yang penting dalam satu2 notebook sebab kelajuan notebook dipengaruhi jugak oleh RAM ni...makin banyak memory kat RAM..makin senang la notebook tu nak proses ape2....laju je..tak la sampai macam sempat bancuh kopi dulu sebab nak tunggu RAM tu habis proses...so, bagi sesape nak upgrade RAM tapi tak taw caranya..meh aku bagitaw cemane caranya...


1. decide dulu nak upgrade RAM sampai bape GB..nak 2GB ke 4GB ke...alang2 tu baik besar terus kan..lagi bagus...


2. kena tahu RAM korang jenis ape..nak taw tgk kat specification yg diletak kat notebook korang..dye ada jenis DDR1/DDR2/DDR3....kalau tak sure angkut la notebook korang pegi kedai tanya pekedai tu...dah sure baru la beli RAM tu...lagi satu, jangan pulak korang beli RAM untuk PC..sebab saiznya lain taw..kang tak pasal2 beli pastu tak boleh masuk..naya oh... 


3. ada yang tanya memory yang kita simpan akan hilang ke kalau kite tukar RAM...jawapannya tak...sebab yang simpan ape2 dalam notebook korang tu itu hard disk bukan RAM...sebab RAM ni cuma simpan sekejap je...cthnya korang taip sumthing..tetiba bateri habis pulak..bila bukak balik...ape yang korang taip tu akan hilang unless korang dah save...


Saturday, September 3, 2011

ape yang aku pakai utk nampak cun...haha

kawan aku penah tanya....cemane aku mekap...aku mekap ikut mood sebenarnya..kalau terasa nak mekap lebih sikit, aku mekap lebih sikit..kalau tak..bedak ngan lip ice je la aku pakai..hasilnya, macam mayat hidup org tgk aku..bila jumpa aku..diorang mesti tanya 'sakit ke?'..jawapan aku, 'mana ada tgh sihat walafiat katanya sakit,ish2'...so, bila aku tak nak org pikir aku ni orang sakit ke, org lembik macam puding kastard ke...aku kena la nampak cun nampak segar...keyakinan pun bertambah...lagi2 kalau nak present depan kelas..takpun nak pegi interview..itu yg paling penting...so, ni aq nak bagitaw korang ape yg aku pakai...

1. toner & moisturizer (garnier aqua defense (yg warna hijau tu))
2.  foundation (silky girl skin perfect)..kulit aku guna natural...
3. concealer (maybelline angelfit)..tujuannya utk tutup kesan jerawat ke, noda hitam ke)
4. bedak asas (maybelline clear smooth)...natural
5. eyeliner/celak (org melayu ckp)....professional eye line (ini korean made sudah)
6. maskara (maybelline hypercurl volume express)...tapi sebelumnya aku pakai perapi bulu mata dulu..senang nak apply nanti
7. lip ice (mentholatum strawberry)..yg ada kesan sejuk lepas pakai..colourless...nak bagi kesan lembap pada bibir
8. pastu aku apply sama ada lipgloss silkygirl/lipice sheer colour/lip gloss avon simplypretty (bkn simplysiti...takde budget lagi la)/ lipice color mentholatum...

tengok, simple sgt kan...takde la perfect sangat sebenarnya...sebab bila tengok list..aku tak pakai pun blusher, eye shadow ke..sebab aku tak reti nak pakai..kang nanti terlebih pakai blusher, macam badut sarkis pulak..kalau terlebih pakai eye shadow..dah macam budak tadika nak menari kebudayaan pulak..so, nak amik langkah selamat..aku tak nak pakai...

credit to google
credit to google
aku mencari yg mata tu smpi sekarang tak jumpa...
*semua gambar adalah courtesy of google

Tuesday, July 26, 2011

perbezaan juara showdown 2010 dengan juara 2011

juara tahun 2010


- breakdance..
- terdiri daripada 7 orang anak2 muda melayu
- nama crew adalah wakaka
- salah seorang adalah juara so you think you can dance musim pertama iaitu Alam..
- masa pusingan battle dapat kalahkan giller battle crew yang jauh lebih hebat dari diorang..(judges yang buta  kot)
- masa first week je aku ngan adik aku suka diorang, bila dah masuk minggu kedua ngan seterusnya makin tak best...
- pernah buat gaya ala2 perempuan tapi dikritik teruk oleh juri...they just focus nak buat lawak je..
- bila jadi juara nampak sangat judges tak berapa setuju...tengok reaksi muka masing2 dah tau..


juara tahun 2011


- street dance..
-terdiri daripada 5 orang anak muda berbangsa cina..
- nama crew adalah elecoldxhot
- masa pusingan battle dapat kalahkan HMC Phlow..(tapi memang aku akui diorang memang hebat time tu)..
- dari first week sampai habis diorang paling konsisten...(dapat title persembahan terbaik sebanyak 5 kali)
- pernah buat gaya ala2 perempuan tapi dengan cara paling smart aku tengok...takdenya lawak bodoh
- bila jadi juara memang aku senang hati la sebab they really deserve it...


juara showdown 2010


juara showdown 2011