terasa choii pada diri sendiri sebab drama ni dah nak habis lagi 2 hari baru aq duk sibuk cakap..
well since ramai dok ngomong so aku pun terasa nak ngomong jugak ya...
drama ni adaptasi novel tajuk yang sama...penulisnya zura asyfar...
aq excited giler bile tau ada drama ni..but seriously memang tak tau ini adaptasi novel..bile baca kat satu artikel cakap pasal ni dari novel..aku terus carik kat mph..malangnya novel tu takde..sebab drama nya belum tayang lagi..2 3 kali keluar masuk mph still takde...memandangkan aku banyak benda nak fikir selain keluar masuk mph..ape kata aku booking je dulu novel tu..tunggu orang mph kol je...by the time bile buku tu dah sampai..episod pertama drama tu pun dah tayang...takpe la..baru episod pertama kan..episod akan datang nak tau jugak...
pilih la mana 1 version korang nak.. - pic kredit to twitter dramatv3 |
sinopsis drama ni.. (aku create sendiri tau ayat ni)..
firash dan syaf datang kat satu birthday event kawan diorang (rania dan raimy namanya)..tanpa diorang tau rania dan raimy ni ada buat plan jahat nak perangkap syaf dan firash..raimy nak perangkap syaf dan rania nak perangkap firash...raimy dan rania actually ada hati kat diorang berdua ni..tu yang bila diorang tak dapat cara baik..diorang nak buat cara jahat...syaf pulak masa ni tunang farish abang pada firash...plan yang dirancang semuanya bertukar 360 bile firash dan syaf ditangkap berdua dalam bilik...masing2 duk terbaring lak tu kat katil..kebetulan masa tu farish yang nampak diorang macam tu...teruk jugak la firash kena dengan abang dia...bila ditanya firash tak berapa nak ingat ape jadi..tapi sebenarnye memang firash ada buat sumthing pun kat syaf tu...
pic kredit to penulis novel sendiri.. kak zura asyfar... |
so nak tak nak diorang kena kawen..untuk maruah keluarga..farish pulak mati excident sejurus selepas firash dan syaf menikah (itu dalam novel)..dalam drama farish excident sebelum diorang nikah...so lepas tu bermula la love hate relationship firash dan syaf...yang sorang suka nyakat yang sorang suka layan...firash suka tak suka syaf pun pantang tengok kalau ada lelaki dekat dengan syaf..mula la buat muka cemburu dia tu...
yang pakai baju biru tu la abang firash... - pic kredit to google |
the best thing masa masing2 kat terengganu..syaf kena transfer kerja & firash kena praktikal kat sana... bile dah duduk serumah masing2 dah mula rapat...part paling best of course la part honeymoon...firash dah confess yang dia dah mula cintakan isteri dia...
screen capture drama tu - pic kredit to google |
however, konflik pun terjadi..syaf terima gambar firash dengan rania bermesra dekat hotel..cerita sebenarnya firash kena culik dengan orang suruhan rania..tapi again plan rania nak buat dia dan firash ditangkap khalwat tak jadi..last2 rania kena tangkap khalwat dengan orang suruhan dia sendiri (terasa bengong di situ)..
syaf mula rasa kecewa dan tinggalkan firash gitu je..firash yang frust nak tak nak terpaksa go on dengan life dia macam biasa..malangnya ada satu insiden dia memarahi seorang pekerja kat site dan pekerja tu pukul firash...untuk kebaikan firash sendiri dia tukar tempat praktikal dia dekat company ayah dia sendiri...
masa tengah shooting..sempat diorang berhindustan..nak tengok pegi kat keek izzue... - pic kredit to google |
tapi yang buat syaf betul2 tinggalkan firash masa annual dinner company..firash ternampak raimy peluk syaf..padahal bukan peluk pun..syaf nak jatuh masa tu...gara-gara cemburu firash diorang gaduh besar..
dalam novel
-firash tuntut hak dia sebagai suami tapi secara paksa...
dalam drama
-diorang gaduh dan nama zara tiba-tiba dikaitkan..hmmmm
ni uqasha senrose yg bawa watak rania..kakak nelydia...bukan nelydia..memang confuse sebab muka & suara dua2 copy paste... - pic kredit to google |
ni baru nelydia..sama kan.. - pic kredit to google |
syaf pulak kerja di sebuah butik lepas berhenti kerja kat company lama dia...sepanjang tempoh dia kerja tu dah mula2 tunjuk tanda2 dia berbadan dua..asyik lapar..mengidam macam2..baju yang dia selalu pakai pulak makin tak muat...then dia bertemu dengan raimy..raimy tolong carikan dia kerja..syaf pun dah mula kerja tanpa dia tahu company tempat dia kerja tu adalah company ayah firash..dengan pertolongan ayah firash..syaf dan firash dapat jumpa balik...tapi syaf masih tak boleh terima firash semula as dia belum settlekan lagi hal firash dengan rania dulu...
dengan pengakuan firash..syaf dapat terima semula suami dia..firash secara senyap2 rancang satu majlis perkahwinan antara dia dengan syaf...
no doubt tiz memang cantik pakai tudung... |
cuma ni je la ada twist sikit..
kalau dalam novel
- rania tak sempat nak buat kacau kat majlis diorang..dia dah kena tangkap
dalam drama
-rania dan mak dia datang majlis kawen dengan tujuan nak malukan firash..tapi raimy jadi hero..tak pasal2 malu tu datang kat diorang sebab polis datang tangkap rania atas tak datang 3 kali dalam perbicaraan khalwat..haha...
isteri izzue yang sebenarnya adalah awin nurin...happy first month anniversary for both of you... |
*dari episod 1 sampai 12 aku tengok drama ni...memang ada yang diubah ..ada yang dicompile..ada yang takde langsung..memang ramai yang tak setuju drama ni dalam slot zehra yang 13 episod je disebabkan novel dia yang agak tebal..agak2 la nak buat drama adaptasi novel pun...dari sedap dah makin tak sedap kalau banyak diubah...haiyaaa....
*sape yang nak tengok drama ni dari epi yang lepas2 boleh la.. tengok kat
TONTON
- bukan takat boleh tengok ulang..tapi boleh jugak tengok cut scene..siap ada cut scene tu..
*tapi aku selalu download je..so bile dah download tenet lembap nak mati ke takde internet ke still boleh tengok..aku selalu download kat website ni..dah lama dah jadi pelanggan tetap website ni buat download drama..sebab aku tak suka download sangat kat youtube..dok tau nape...
PEREKA CERITA
*tang penulis novel ni pulak kak zura asyfar..dia sangat sporting you know...rajin reply tweet fans...
see?..kan2.... |
ni soundtrack & background music drama tu..thanx to forum cari...
ada tambahan akan diupdate...
1. Kita - Forteen (opening & closing theme song)
2. Tak Pernahkah Kau Sadari - Pocket Band (ep.8/9)
3. Cinta Untukmu - Pocket Band (ep.8/10)
4. Terima Kasih Cinta - Afgan (ep.11)
5. Lumpuhkan Ingatanku - Geisha (ep.11)
6. Semua Tentangmu - Vierra (ep.10)
7. Mungkin - Ardina Rasti (ep.11)
8. Hingga Akhir Waktu - Nine Ball (ep.11)
9. Selamat Datang Cinta - Gita Gutawa (ep.6/10)
10. Apalah (Arti Menunggu) - Raisa (ep.11)
11. Puisi - Jikustik (ep.11)
12. Aku dan Dirimu - Ari Lasso & Bunga Cinta Lestari (ep.10)
13. Seputih Hati - Agnes Monica (ep.6)
14. Jangan Menangis Untukku - Luvia (ep.12)
15. Teman Biasa - Five Minutes (ep.9)
16. Kini - Marcell (ep.13)
17. Jangan Berhenti Mencintaiku - Titi DJ (ep.13)
18. Lebih Indah - Adera (ep.13)
19. Tentang Kita - Acha Septriasa (ep.13)
20. Ini Cinta - Noah (ep.13)
Instrumental background music :
1. I Believe - My Sassy Girl OST
2. Kehilangan - Heart OST (honey- the morning after scene)
3. And Then I Kissed Him - Pearl Harbour OST (ep.3)
4. Wedding Plans - Twilight Saga Eclipse OST (e.2/ep3)
5. My Best Friend's Wedding (ep.4 - scene firash drive n warn syaf about mie)
6. OST Twilight Breaking Dawn ... A Thousand Years Love (instrumental)
ganti kepada drama ni drama kampung girl...best jugak..kelakar bak ang tengok dengan ibu hari tu...
No comments:
Post a Comment